Powered by Blogger.
RSS

experiment

social networking, chatroom..
semua tu memang selalu kita join kan. kat situ la aku kenal ramai orang dengan bermacam ragam. maybe kalau korang, korang tak ambek berat sangat pasal semua tu. yang penting korang boleh hilangkan boring korang kan. lagipon, kita tak kenal 'that person' directly. not face to face.tapikan, aku rasa lebih daripada tu. sebab kita berinteraksi dengan orang sebenar yang bezanya cuma penghubung nya, iaitu alam maya. yang of cos la, kita kena hati2 but somehow i think it is still a good way to improve your social skills. aku rasa alam maya boleh jadi macam penghubung yg sangat baik dalam masa2 tertentu and sangat2 'disaster' pada masa2 lain. misalnya la, kat online chatting, banyak orang2 kat situ yang macam ada 'split personality' or 'multiple personality disorder..haha..nape aku cakap macam tu? sebab ada di antara mereka ni yang berada pd 'sisi gelap' personaliti dorang bila kat alam siber. aku paham. tu sebahagian daripada diri dorang. cuma bukan sewajarnya utk mereka pamerkan pada orang lain di dunia realiti. sembunyikan lagi baik kelenahan sendiri. ye tak? bila kat alam siber, ni la peluang utk 'menjadi diri sendiri' or 'menjadi diri yg satu lagi'. lagipon, orang2 lain kt situ tak ambek kisah pon awak tu orang yang macam mana. masing2 ada kepentingan diri sendiri. aku tak prejudis kat orang2 yang macam ni sebab dorang normal. tu salah satu cara utk jadi sendiri tapi maybe dari segi moral, ada 'attitude' yang unacceptable. tapi yang penting aku faham kehendak sosial mereka ni. so, aku kawan aje. lagi kita kenal, lagi lah kita boleh betul kan yang mana kita salah sangka, mana yang salah kita jadikan sempadan. lagi satu, tentang orang yg suka cipta fantasi tentang dirinya sendiri. ayat mudahnya, menipu orang lain utk buat kita nampak hebat. hmm..aku still boleh positif dengan orang2 macam ni. sebab? sebab dorang sunyi. tak de kawan, takda isu, hidup jadi boring. so, reka cerita hebat utk tunjukkan 'aku hebat'. memang nampak macam tipu diri sendiri, tapi sebenarnya..dia cuba cakap.."tolong aku, jadi kawan aku? aku sunyi". kalau kita tak dapat baca mesej ni, kita akan abaikan dia dan anggap dia 'looser'. ataupun, kita hipokrit dengan berkawan ngan dia tapi dalam masa yang sama kutuk2 dia gila kat belakang..haha..no way guys!, terima lah diri dia dulu sebelum 'cerita fantasi' dia. dia cuma nak kan perhatian kita. sok lusa, dia tau la untuk stop semua 'fantasi' tu bila dia dah tak sorang2 lagi.

orang ramai cakap, semua tu memang dah sikap dia, memang dah perangai buruk dia..tapi bagi aku, takkan boleh ada perangai macam tu kalau takda sebab. sebab tu pon ialah kita sebagai masyarakat yang kadang2 terlalu skeptik..so, alternatifnya, mereka akan ke dunia siber yg comuniti nya lebih terbuka..takde sape kenal, senang la nk 'hepi hulala'..haha..tapi seronok ke??hmmmmm....that Q, is for u to answer..

kita boleh guna siber utk kenal sikap2 manusia ni sebab kta la dibelakang teknologi ni kan. sebab tu aku suka chatroom, boleh buat eksperiman secara tak lansung..haha...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MELAWAN ARUS

semua orang ada kepercayaan dan prinsip yang dorang pegang walaupon kepercayan mereka semua tu kadang2 tak sehaluan dengan majoriti dan bercanggah dengan nilai2 moral. aku rasional. bagi aku, tak wajar bagi kita untuk menghukum mereka hanya kerana tak sehaluan. setiap daripada kita ada pegangan masing2. kita semua mestilah nak tegakkan apa yang kita yakin kn. so, macam tu jugak orang lain. tapi, macam mana pulak dengan orang2 yang percaya benda yang salah dari segi hukum-hakam? yang ni, aku tak boleh nak positif. lagi2, kalau soal dosa pahala. semua ni sebab kita dah ada garis panduan yang kita wajib ikut, bukan dicipta manusia tp Maha Esa. yang ni barulah kita akan kata menegakkan benang yang basah. tapi, kalau setakat undang2 atau kebiasaan yang manusia cipta sendiri, aku rasa tak salah kalau nak jadi berbeza, nak ada pegangan yang lain dari yang lain. barulah hidup ni boleh berdaya saing and maju ke hadapan. untuk orang2 yang macam ni, selalu kena kritik. sedangkan dorang cuma nak bukak mata kita ni. bersusah payah nya la mereka2 ni nak melawan arus, dikritik masyarakat. kalaupon kita tak setuju dengan dorang, hargailah perjuang mereka2 ni dengan memahami mereka.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS