Powered by Blogger.
RSS

Harga Sebuah Persahabatan

Semua orang tahu yang sahabat itu penting. banyak mutiara kata dalam dunia yang menghargai hubungan persahabatan itu. tapi kita ni betul2 faham ke apa sebenarnya persahabatan. aku sendiri tak pasti sama ada aku benar2 tahu makna persahabatan. aku juga tak pasti sama ada aku tahu menghargai persahabatan. yang aku pasti, aku ada kekhilafan yang aku buat dan menyesal hingga sekarang. perasaan takut yang kekhilafan itu akan berpatah balik menghantui aku saban waktu. aku mengaku yang aku takut hilang kawan sebab aku sedar yang aku bukanlah sahabat yang baik.

Namun, aku telah cuba utk menjadi kawan yang baik sebaik mungkin. aku cuba utk memberi lebih banyak dari menerima. aku cuba utk bersabar, mempercayai dan memahami. aku cuba tanamkan dalam hati yang masih ada kesempatan utk manusia berubah dan sedar. aku dah cuba cuma kadang2 kita kena sedar yang segalanya ada batas. aku manusia biasa. dan pada waktu inilah kita lakukan apa yang kita rasa terbaik utk kita. kita tak fikirkan perasaan dia, kawan kita. ya, memang betul. apa yang kita buat tu betul tapi kawan kita tak rasa macam tu sebab cara kita hanya nampak yang salah di mata dia. inilah akibatnya bila kita yakin yang masalah boleh diselesaikan dgn mengalah dan diam. tak, masalah tu cuma akan membara dalam hati. itu yang menyebabkan kesabaran sampai pada batasannya.
then, 'peperangan meletus'.

masa tu, keluarlah istilah utk kita; 'i'm the bad guy'. masa tu jugak percayalah, karakter dan personaliti kita sbg kawan akan dinilai sebagai bermasalah di mata dia. tak bertegur sapa, diam. tu semua tindakan yang menghukum. yes, mengaku sajalah kawan, kita memang bermasalah. kita bermasalah utk faham perangai dia dan kita bermasalah utk terima kekurangan dia. dan itu jugaklah yang membuatkan kita manusia yg tidak sempurna seterusnya mencacatkan reputasi kita sbg kawan.

Tapi, itu semua tak cukup utk melabel kita sebagai kawan yg tidak bertimbang rasa. mana tahu kawan yang macam inilah yg risaukan masa depan dia sehingga konflik sebegini boleh tercetus. hmm..sebab tu la jugak, perkataan 'kalau' sangat bermakna kerana KALAU dia tahu apa yg ada dlm hati kita, gelisah kita, dan kesukaran kita, dia mesti paham. ya, kita berK ALAU2 saja kerana keberanian utk bersuara tu takda atau mungkin juga kita mengaku kalah utk memperbetulkan keadaan.

so, cukup ke utk kita menghargai erti persahabatan dengan hanya senyuman dan manis muka atau kebenaran yang pahit berbisa? atau kita mengiya dan hanya melihat kesilapan demi menjaga hati? or memalingkan muka bila khilaf terjadi? kawan yg baik kah kita?

biarlah kita diberi watak jahat. hero tak kan menang diawal cerita. kita mungkin menarik tangan bila dia sedang alpa dan senang lenang tapi tangan ini pasti dihulur apabila dia kesusahan kerana sahabat yang tidak dipanggil sahabat ini tidak sanggup melihat tangisan seorang lg sahabat. hanya pada waktu itu,harga sebuah persahabatan dizahirkan...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

YANG BULAT TAKKAN DATANG BERGOLEK, YANG PIPIH TAKKAN DATANG MELAYANG.....

sesungguhnya banyak yg dirancang tak dapat ditunaikan. tak dapat ditunaikan sebab kekurangan aku sendiri atau mmg Allah yg tak mengizinkan..tetapi, aku cuba menerima dgn hati terbuka..sebab tu kita kena selalu ada back up plan untuk cover semua plan kita yg tak menjadi. bila apa yg aku plan tak jadi atau belum sempat pon nk jadi, aku akan mengurut dada dan memujuk hati aku. aku perlukan semangat baru untuk bangkit. Alhamdulillah, mak dan apak sentiasa ada dlm jiwa aku, yg merupakan sebahagian nyawa dan jasad aku membuatkan aku kuat walau apa pon dugaan yg datang menimpa diri ni. bila aku rasa lemah, aku cuma perlu bayangkan wajah mereka dan automatik badan aku macam terima aura baru, yg aktifkan semua fungsi jiwa raga aku. macam sekarang, aku dah tak dapat nk buat apa yg aku nak tapi bila fikir balik, betul ke apa yg aku nak tu yg terbaik untuk aku..aku dah ada kat sini walaupun bukan dalam bidang yang aku minat, aku akan teruskan juga perjuangan ni. aku mmg lemah dalam byk benda dan subjek2 kira2, tapi sekarang aku kena belakangkan suka atau tak, lemah atau terer, yg penting aku kena score. aku nak dapatkan anugerah dekan kerana itu la satu-satunya impian yg aku boleh usahakan walau dlm bidang apa pun aku berada. ya, mmg aku belajar siang mlm..bersekang mata, org cakap jgn paksa diri, jgn buat dorang takot tengok aku gila study tp aku bukan gila study cuma aku sgt perlukan extra revision sbb aku bukan genius mcm dorang. bila aku buat macam tu, baru aku boleh kejar dorang semua. mmg penat dengan tak cukup tidur, homework berlambak2, study group, assignments, presentation, quiz, test, bla..blaa...tapi aku rasa sgt puas sbb semua kesibukan ini mengingatkan aku pd impian aku..aku student yg sederhana, aku mmg perlukan byk usaha untuk berada pd tahap macam ni. itu yg org lain tak tahu. aku dulu cuma budak bodoh yg orang lain ejek selalu tp sekarang tempat aku lebih sikit dari org yg pernah ejek aku tu..apa yg aku ada sekarang ialah hasil usaha aku yg SANGGGGGAATT GIGIH..barulah aku boleh berada disini..tu pon aku masih berusaha..ya, mmg tak mudah nak berjaya tapi tak susah jugak untuk gagal...aku nak dikenali kerana ilmu aku..dan aku mahu membuktikan yg aku ni tak bodoh pada diri aku sendiri..sbb tu la, setiap kali gagal, aku kena pujuk hati aku untuk terus berusaha tanpa henti..gagal mengajar kita untuk lebih bersediaaa....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS