Powered by Blogger.
RSS

YANG BULAT TAKKAN DATANG BERGOLEK, YANG PIPIH TAKKAN DATANG MELAYANG.....

sesungguhnya banyak yg dirancang tak dapat ditunaikan. tak dapat ditunaikan sebab kekurangan aku sendiri atau mmg Allah yg tak mengizinkan..tetapi, aku cuba menerima dgn hati terbuka..sebab tu kita kena selalu ada back up plan untuk cover semua plan kita yg tak menjadi. bila apa yg aku plan tak jadi atau belum sempat pon nk jadi, aku akan mengurut dada dan memujuk hati aku. aku perlukan semangat baru untuk bangkit. Alhamdulillah, mak dan apak sentiasa ada dlm jiwa aku, yg merupakan sebahagian nyawa dan jasad aku membuatkan aku kuat walau apa pon dugaan yg datang menimpa diri ni. bila aku rasa lemah, aku cuma perlu bayangkan wajah mereka dan automatik badan aku macam terima aura baru, yg aktifkan semua fungsi jiwa raga aku. macam sekarang, aku dah tak dapat nk buat apa yg aku nak tapi bila fikir balik, betul ke apa yg aku nak tu yg terbaik untuk aku..aku dah ada kat sini walaupun bukan dalam bidang yang aku minat, aku akan teruskan juga perjuangan ni. aku mmg lemah dalam byk benda dan subjek2 kira2, tapi sekarang aku kena belakangkan suka atau tak, lemah atau terer, yg penting aku kena score. aku nak dapatkan anugerah dekan kerana itu la satu-satunya impian yg aku boleh usahakan walau dlm bidang apa pun aku berada. ya, mmg aku belajar siang mlm..bersekang mata, org cakap jgn paksa diri, jgn buat dorang takot tengok aku gila study tp aku bukan gila study cuma aku sgt perlukan extra revision sbb aku bukan genius mcm dorang. bila aku buat macam tu, baru aku boleh kejar dorang semua. mmg penat dengan tak cukup tidur, homework berlambak2, study group, assignments, presentation, quiz, test, bla..blaa...tapi aku rasa sgt puas sbb semua kesibukan ini mengingatkan aku pd impian aku..aku student yg sederhana, aku mmg perlukan byk usaha untuk berada pd tahap macam ni. itu yg org lain tak tahu. aku dulu cuma budak bodoh yg orang lain ejek selalu tp sekarang tempat aku lebih sikit dari org yg pernah ejek aku tu..apa yg aku ada sekarang ialah hasil usaha aku yg SANGGGGGAATT GIGIH..barulah aku boleh berada disini..tu pon aku masih berusaha..ya, mmg tak mudah nak berjaya tapi tak susah jugak untuk gagal...aku nak dikenali kerana ilmu aku..dan aku mahu membuktikan yg aku ni tak bodoh pada diri aku sendiri..sbb tu la, setiap kali gagal, aku kena pujuk hati aku untuk terus berusaha tanpa henti..gagal mengajar kita untuk lebih bersediaaa....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS