Powered by Blogger.
RSS

Don't Judge a Book by it's cover

Memangla tapi aku ada masalah sikit lah. Bila aku nak pilih buku yang aku nak beli or nak baca, aku suka cari yang tak da illustrasi sebab aku tak nak illustrasi tu ganggu imaginasi aku. Kalau kat kulit buku dah ada gambar perempuan lain, suasahlah aku nak bayang kan watak dalam buku tu aku (kalau novel)hehe.. Tapi aku tak de dah masalah tu sekarang sebab aku jauhkan diri dari buku jenis novel. kenapa? Sebab aku tak nak kacau kestabilan emosi aku. Baca novel cinta terutamanya akan buat aku makin kuat berangan aje. Berangan nak kahwin pulak tu. Aku akan baca novel yang bawa tema yang lagi matang dan lebih berilmu, macam koleksi novel aku sekarang. Aku jugak minat baca cerpen. Cerpen yang aku suka ‘Jangan Kau Menangis’dan ‘Pencuri Yang Tidak Adil Dihukum” karya A.Samad Said (memanglah ni pon tema cinta tapi cerpen ni cantik bahasanya. Aku dedikasikan cerpen ni kat saifullah zakaria). Panjang pulak aku cerita pasal buku ni. Sebenarnya bukan ni yang aku nak sembangkan. Yela, peribahasa kat atas tadi tu, aku kaitkan dengan buku tapi maksud sebenarnya korang pun tahu.Walaupun orang kata macam tu, orang kata kulit buku yang tak menarik tak semestinya isinya pun sama tak menarik, maybe isinya berkualiti. Dijadikan pulak lah perbandingan sikap kita dalam menilai seseorang. Aku pula tak fikir macam tu sangat. Ada keadaan yang relevan untuk kita guna pepatah tu, tapi ada juga yang tak. Buku-buku zaman sekarang pun ada marketing strategy, ada design yang nak bagi buku nampak menarik dan boleh dikomersialkan. Sekarang orang lebih pakai ‘first impression’. Boleh ke kita nilai manusia macam tu? Macam yang aku cakap tadi lah, sometime relevan but sometime not. Pendek katalah, depends on situation. Aku pernah jugak banyak kali silap menilai orang. Aku nampak macam orang tu tak senonoh, tapi last2 dialah yang paling boleh dibuat kawan. Satu benda yang aku tak pernah silap, orang yang nampak ‘baik’ tak bermakna baik dalam semua benda. Cuma perlukan masa je nak tunjuk semua tu. Adalah kurangnya, kat sikap, tingkah laku, prinsip. Aku selalu cakap kat hati aku, orang yang aku boleh percaya ialah orang yang hormat harta benda aku, hak aku, prinsip aku dan paling penting cara orang tu jaga hubungan dia dengan Tuhan. Bila orang tu hormat harta aku, means dia tahu batas2nya, kalau dia tahu jaga hak aku barulah aku yakin yang dia teman susah senang aku. Bila pulak dia hormat prinsip aku, maksudnya dia akan faham dengan masalah aku. Dan bila dia jaga hubungan dia dengan Tuhan, dialah orang yang aku boleh letakkan kepercayaan. Dalam Islam, kita janganlah suka buruk sangka degan orang lain. Betul jugak tu. Fikir je lah yang baik-baik pasal orang lain. Jangan dah kisah pasal macam mana orang patut puaskan hati kita, kita kena bagi diri kita peluang untuk megenali orang lain. Kulit buku hanya cover isi buku tu aje. Tapi cara kita berhadapan dengan orang lain ada kalanya mencerminkan siapa diri kita yang sebenar. So, buka lah helaian baru dalam buku hidup korang semua supaya jalan cerita hidup korang lebih tersusun dan kaya nilai sasteranya..hehe..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

hidup dan pilihan

Sesuatu yang tak disangka
Sering kali mendatangi kita
Itukah suratan
Dalam kehidupan
Atau sekadar satu kebetulan

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada mencari jawapan

Bila kita dihadapkan
Dengan pelbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati
Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah-olah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus

Demikianlah sebahagian lirik lagu yang aku minati dari dulu hinggalah sekarang. Tak silap aku tajuknya ‘Hidup dan Pilihan’. Penyanyinya aku dah lupa. Lagu ini amat bermakna pada aku sebab maksud atau isi tersirat yang cuba disampaikan lagu ini, iaitu betapa sukarnya membuat keputusan dalam hidup. Macam mana korang semua buat keputusan? Berfikir masa depan diri sendiri saja? Atau masa depan orang lain? Atau kedua-duanya? Kalau aku of course lah myself first. Bukan nak selfish tapi inilah cara normal. Kan? Well, nowadays everyone more concerned about themselves. Ok. Mari kita fikirkan. Bila kita tentukan yang terbaik untuk kita, secara tak lansung kita akan tolong orang lain. Macam mana pula kalau yang terbaik untuk kita tapi terburuk untuk orang lain? Hmmm….macam tu rumit,tapi atas dasar kasih sayang atau sekurang-kurangnya sebab keperikemanusiaan, kita perlu pertimbangkan balik keputusan kita tadi. Yela, tak kan kita nak senang hati sorang. Nanti lain pula masalah timbul. Alih-alih kita balik yang kena. Tak nak lah macam tu kan. Tapi tengok cara zaman sekarang ni, memang banyak pilihan yang kita kena buat. Ada yang membawa kebahagian, kesengsaraan, dan paling tak bestnya memusnahkah masa depan kita. Hai…memang kena bijak memilih ni. Salah pilih, binasa badan. Nak pilih jalan hidup pulak bukan senang, bukan macam pilih ikan kat pasar atau macam pilih warna baju nak pergi kelas. Kena fikir betul-betul. Kalau ikan boleh kita picit-picit, belek-belek nak tau elok ke tak. Kalau baju pulak boleh kita tenung lama-lama depan almari atau dalam bilik mandi. Soal hidup tak boleh buat macam tu. That’s why la kita selalu tengok orang yang tersalah langkah, hidup macam tak hidup je. Tapi kan yang hairannya orang-orang yang macam tu tak sedar pon dorang silap, rasa happy aje. Tu lagi kesian. Salah sebab kejahilan. Dalam kita memilih yang terbaik untuk kita, kita patut tahu makna yang ‘terbaik’ tu. Haaa..ada makna tau, jangan tak tau..’terbaik’ maknanya ikut pemahaman aku lah, yang memberi senyuman pada ibu bapa, yang memberi pahala pada aku, yang memberi penghormatan daripada masyarakat, dan memberi ketenangan pada jiwa aku. Itulah yang terbaik. Pilihan yang terbaik. Andai kata kita berhadapan dengan dua pilihan yang terbaik, dua-dua bermanfaat, (macam dalam ekonomi:dua barang terbaik) kembalilah pada yang Maha Mengetahui, Istikharah adalah jalan paling afdal untuk bagi panduan kat kita sebab Dia tahu yang terbaik untuk kita. Sebenarnya, sentiasalah berdoa kepada-Nya. Kita ni buta dalam celik. Selalu anggap kita tahu segalanya, realitinya tak pon. Kita perlukan panduan. Masa aku form4 tak silap, ada satu poem yang juga bermakna pada aku. Tajuknya, ‘The Road Not Taken’. Isinya lebih kurang macam ni lah, bila kita dah pilih satu jalan, kita tertanya-tanya apa yang ada pada jalan yang satu lagi dan adakah jalan yang kita pilih lebih mudah or susah dari jalan yang lagi satu. Macam manapun, bila dah pilih jalan tu, kita kena teruskan dan kuatkan semangat. Ada paham? Hidup dan pilihan tak dapat dipisahkan. Macam lagu dan irama. Hehe.. So, think first before decide.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

sayonara sem 1 prelaw...

bulan mei....
bulan hari lahir aku...
aku masuk uitm pon dalam bulan ni la..
aku kenal roomate aku, classmate aku...
pada bulan mei ni la...

bulan jun...
adoi...
seksanya.....
rindu family tak payah cakapla...
nak adapt diri sendiri susah sikitla...
homesick lagi....

bulan julai...
well...
aku dah ok sikit...
tapi...
susah gila aku nak study...
tak paham aku...
nak blah maktab...
tapi...
hehe...
tak jadi...
sebab aku minat law......
dan kerana minat lah..
aku tabahkan jugak...

bulan ogos...
Alhamdulillah...
aku dah mula paham...
dah boleh study...
dah ada kawan2...

bulan september...
pejam celik...
aku dah final...
rasa boleh jawab..

bulan oktober...
hari ni (7 oct 2009)..
bila roomate aku semua kemas2...
barang...
aku teringat masa first time jumpa diorang...
masa mula berkenalan...
bulan ni...aku tamat 1 sem...

semuanya terlalu cepat berlalu pada aku..
waktu merupakan sesuatu yang aku patut hargai...

sedar tak sedar..
aku rasa terharu....
dengan diri ku sendiri...

bukan senang nak lalui semua ni...
hehe....

hai sem 2.....
goodbye sem 1..................

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

luahan hati seorang perindu...

andai rindu pada bulan...
sampaikanlah salam pada bintang...
andai rindu pada matahari...
sampaikanlah salam pada cahaya...


andai rindu pada-Nya...
sampaikanlah salam pada-Nya dengan ibadat...
dengan iman yang manis dan keikhlasan yang di hati..


andai rindu pada ibu bapa...
sampaikanlah salam pada Tuhan...
kirimkanlah doa kudus dipanjatkan kepada-Nya merentasi langit...

andai rindu pada kekasih hati...
sampaikanlah salam pada...
angin...

maka...

wahai sang angin...
kirimkanlah salamku pada dia..
dengan restu ibu bapa dan reda-Nya...
sampaikanlah salam siperindu ini...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS