Powered by Blogger.
RSS

hidup dan pilihan

Sesuatu yang tak disangka
Sering kali mendatangi kita
Itukah suratan
Dalam kehidupan
Atau sekadar satu kebetulan

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada mencari jawapan

Bila kita dihadapkan
Dengan pelbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati
Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah-olah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus

Demikianlah sebahagian lirik lagu yang aku minati dari dulu hinggalah sekarang. Tak silap aku tajuknya ‘Hidup dan Pilihan’. Penyanyinya aku dah lupa. Lagu ini amat bermakna pada aku sebab maksud atau isi tersirat yang cuba disampaikan lagu ini, iaitu betapa sukarnya membuat keputusan dalam hidup. Macam mana korang semua buat keputusan? Berfikir masa depan diri sendiri saja? Atau masa depan orang lain? Atau kedua-duanya? Kalau aku of course lah myself first. Bukan nak selfish tapi inilah cara normal. Kan? Well, nowadays everyone more concerned about themselves. Ok. Mari kita fikirkan. Bila kita tentukan yang terbaik untuk kita, secara tak lansung kita akan tolong orang lain. Macam mana pula kalau yang terbaik untuk kita tapi terburuk untuk orang lain? Hmmm….macam tu rumit,tapi atas dasar kasih sayang atau sekurang-kurangnya sebab keperikemanusiaan, kita perlu pertimbangkan balik keputusan kita tadi. Yela, tak kan kita nak senang hati sorang. Nanti lain pula masalah timbul. Alih-alih kita balik yang kena. Tak nak lah macam tu kan. Tapi tengok cara zaman sekarang ni, memang banyak pilihan yang kita kena buat. Ada yang membawa kebahagian, kesengsaraan, dan paling tak bestnya memusnahkah masa depan kita. Hai…memang kena bijak memilih ni. Salah pilih, binasa badan. Nak pilih jalan hidup pulak bukan senang, bukan macam pilih ikan kat pasar atau macam pilih warna baju nak pergi kelas. Kena fikir betul-betul. Kalau ikan boleh kita picit-picit, belek-belek nak tau elok ke tak. Kalau baju pulak boleh kita tenung lama-lama depan almari atau dalam bilik mandi. Soal hidup tak boleh buat macam tu. That’s why la kita selalu tengok orang yang tersalah langkah, hidup macam tak hidup je. Tapi kan yang hairannya orang-orang yang macam tu tak sedar pon dorang silap, rasa happy aje. Tu lagi kesian. Salah sebab kejahilan. Dalam kita memilih yang terbaik untuk kita, kita patut tahu makna yang ‘terbaik’ tu. Haaa..ada makna tau, jangan tak tau..’terbaik’ maknanya ikut pemahaman aku lah, yang memberi senyuman pada ibu bapa, yang memberi pahala pada aku, yang memberi penghormatan daripada masyarakat, dan memberi ketenangan pada jiwa aku. Itulah yang terbaik. Pilihan yang terbaik. Andai kata kita berhadapan dengan dua pilihan yang terbaik, dua-dua bermanfaat, (macam dalam ekonomi:dua barang terbaik) kembalilah pada yang Maha Mengetahui, Istikharah adalah jalan paling afdal untuk bagi panduan kat kita sebab Dia tahu yang terbaik untuk kita. Sebenarnya, sentiasalah berdoa kepada-Nya. Kita ni buta dalam celik. Selalu anggap kita tahu segalanya, realitinya tak pon. Kita perlukan panduan. Masa aku form4 tak silap, ada satu poem yang juga bermakna pada aku. Tajuknya, ‘The Road Not Taken’. Isinya lebih kurang macam ni lah, bila kita dah pilih satu jalan, kita tertanya-tanya apa yang ada pada jalan yang satu lagi dan adakah jalan yang kita pilih lebih mudah or susah dari jalan yang lagi satu. Macam manapun, bila dah pilih jalan tu, kita kena teruskan dan kuatkan semangat. Ada paham? Hidup dan pilihan tak dapat dipisahkan. Macam lagu dan irama. Hehe.. So, think first before decide.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

azie_samsudin said...

gmba bru ke...?cun gler...pppeeeeeewwwwiiiitttttt!!!!

Post a Comment