Powered by Blogger.
RSS

kerana letakknya iman di situ..


apalah yang nak dikejar dalam hidup kalau tanpa pegangan. kita mungkin pandai, kaya, popular tapi hati kita kosong. hati kita cuma ada duniawi. so, hidup ni cuma macam tin kosong yang bergolek2 ditiup angin, ke kanan, ke kiri dan terus bergolek tanpa arah tuju. sedangkan pegangan yang menetapkan kita padam satu landasan, yang bagi kita matlamat dalam hidup. matlamat yang mutlak. matlamat yang mengisi kerohanian kita. kalau pun kita kejar kekayaan wang rinngit sedangkan hati kita kosong, bermakna kah kenikmatan itu?? bayangkan setiap kali kita bangun pagi, dalam otak kita cuma ada kelas, kuliah, duit belanja. ruginya kita, sedangkan kita boleh berdoa pada Dia, supaya hari lebih baik dari semalam.

pegangan agama bukan je pakaian kita, status kad pengenalan kita. tapi harapan kita. sesuatu yang kita boleh sandarkan. yang boleh memberi kekuatan dan dorongan. kalau kita takde pegangan, pada siapa kita nak mengadu setiap hari? pada siapa kita nak meminta setiap hari? pada siapa kita nak menangis setiap hari? pada kawan? pada kekasih? sedangkan kawan pun makan kawan. kekasih pun hanya b'sayang2 pada lidah saja.

padahal, Dia yang paling kuat, yamg menentukan segalanya. sandarkan harapan pada Dia. InsyaAllah, hati kita sentiasa berisi kerana letakknya iman disitu..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

simple??


betul ke pelacur x sepatut nya dilabel murahan?? sebab dorang namanyakan harga diri dorang dengan harga?? huhu..dari perempuan yang lemah dengan kata2 lelaki dan serahkan segala-galanya dianggap murahan?? aku dulu pernah membayangkan kampus life macam ni..macam2 cerita yang jenis ni la. tapi bila dah lama, aku rasa aku silap sebab aku tak pernah jumpa orang2 macam ni aku agak. Alhamdullilah, kawan2 aku semua baik2, tak sosial tahap gaban. aku pon tengok orang lain semua macam tu jugak, baik2 belaka. even yang tak pakai tudung ke, pakai seksi ke, aku tak pernah fikir negatif pasal dorang. tapi hari ni, aku macam dah jaga dari tidur. manusia pandai menyembunyikan aib sendiri. tapi still, bukan hak aku untuk membuka aib orang dan membincangkannya kat public. apa yang dorang buat tu hak dorang selagi tak kacau aku. tapi pendapat dorang pasal certain2 things tu aku tak setuju. contohnya macam yang kat atas. amat mengganggu aku!.aku percaya yang kita hidup di atas bumi ni dengan maruah sebagai pakaian kita, maruah tu la yang membuat kan kita gagah untuk berdepan dengan segala bentuk dugaan, maruah kita sebagai muslim, sebagai anak, rakan dan jugak maruah sebagai perempuan. maruah kita tak boleh kita 'simple' kan je..memang la nampak macam senang, takde yang berubah..tapi sebenarnya susah dan banyak yang berubah cuma kita tak sedar. takde timbul maruah tu dari segi harga. maruah tu bila kita pertahankan dengan apa cara sekalipun. tak kira la apa yang alasannya. maruah tu bukan terhad pada harga diri dia kita je tapi mentaliti kita. jangan la berfikir dengan pemikiran sempit. tolongla. kita bukan lagi dalam zaman jahiliyah. yang halal jadi haram dan yang haram jadi halal.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hasrat yang Tak Kesampaian..


nak berangan2..nak ada impian tu senang,,tapi nak mnjadikannya kenyataan susah..kita boleh percaya dengan impian kita tapi kita tak boleh lupa untuk terus berusaha..kalau tak, punahlah impian kita..semua orang boleh cakap apa2 aje yang die mahu..tak salah..hak kita untuk memiliki ..harapan dan cita2..tapi tak semua orang boleh dapat apa yang dia nak sebab tak semua orang tabah dan cekal mendapatkan impian masing2..dalam situasi aku, aku tak tahulah..aku yang tak berusaha ke, tak tabah ke..or aku tak sendiri tak percaya dengan impian aku..aku rasa, aku gagal...
aku tak tahu sama ada mahu melupakan terus impian aku ni atau bangkit kembali walaupon aku dah jatuh jauuuhh sangat ke dalam lubang..mulut aku maybe cakap aku ok..aku tak menangis mungkin sebab aku aku tau kemampuan aku..tapi hanyalah Tuhan je yang Maha Mengatahui apa yang bergolak dalam hati aku..aku nak percaya yang impain aku ni bukan nya angan2 sebelum tidur, aku nak percaya yang cita2 aku ni bukannya kuat..orang2 semua patut bangga dengan aku..tapi, aku jugak manusia biasa..aku lemah..aku mengalah pada kegagalan yang satu ini,...aku dah boleh terima kenyataan..yang bukan tempat aku disana..impian itu bukan milik aku...dalam aku pasrah tu, hati aku tak pernah henti2 berkata2..berdialog aje..betul ke cita2 aku hanya tamat disini??..aku sebenarnya masih pelum percaya pada kegagalan aku..aku tekad..mungkin impian itu bukan milik aku sekarang..mungkin akan datang..aku cuma perlu tunggu, sabar dan paling penting usaha....aku tau..apa yang patut aku buat sekarang..biarlah aku terpaksa patah balik dari kutub utara ke kutub selatan sekalipun, demi impian yang satu ini..aku turutkan..cuma aku kena sabar..kali ini biarlah aku kejar impian orang tua aku dulu baru aku usaha untuk kepuasan diriku nanti.....biarlah waktu tu aku dapatkan impian itu dengan tenaga dan usaha ku sendiri..putus asa kalau nyawa dah berada di tekak...aku tak mahu sia2 kan hidup aku..hidup bermakna peluang....selagi kita hidup, selagi tu kita sentiasa ada peluang..hasrat aku bukan tak kesampaian cuma belum kesampaian..agaknya aku patut tukar title post ni..hehe..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

FaNtAsI CiNte aNiMe..




kyo & tooru..kenshin & kouru..naruto & hinata..inuyasha & kagome..sinichi & ran..
banyak lagi..tu je yang dapat aku senaraikan..cerita manga, anime tu semuanya best2 walaupon ada elemen romance yang kadang2 tak semua orang suka.tapi jalan ceritanya disusun dengan baik sehinngga mampu membuatkan pembaca or penonton khayal..ditambah pula dengan lukisan kartun yang menarik..wow~!! macam mana la ramai yang tak tertarik dgn anime..maybe bagi pandangan sesetengah orang, semua ni cuma kartun..tapi ramai lagi yang menghargai seni anime ni..seni yang asalnya dari negara matahari terbit ni..bukan sebab tema CINTA & ROMANCE tu..tapi sebab adventure yang dihasilkan pencipta karya tu la..dorang tak terlalu bataskan tema cerita dorang..ada variety..tu yang ummmpphh nya anime ni..u have one item but u can get more than one outcomes..its just great!!..thats why i am in love with anime..its like make me addicted to read & watch it again and again..dan aku jugak ada musim2 nya..sekarang ni musim aku melayan anime..naruto tu memang selamanya la..tapi masa ni lah aku tiba2 naik mood nak tengok2 anime yang lain..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

experiment

social networking, chatroom..
semua tu memang selalu kita join kan. kat situ la aku kenal ramai orang dengan bermacam ragam. maybe kalau korang, korang tak ambek berat sangat pasal semua tu. yang penting korang boleh hilangkan boring korang kan. lagipon, kita tak kenal 'that person' directly. not face to face.tapikan, aku rasa lebih daripada tu. sebab kita berinteraksi dengan orang sebenar yang bezanya cuma penghubung nya, iaitu alam maya. yang of cos la, kita kena hati2 but somehow i think it is still a good way to improve your social skills. aku rasa alam maya boleh jadi macam penghubung yg sangat baik dalam masa2 tertentu and sangat2 'disaster' pada masa2 lain. misalnya la, kat online chatting, banyak orang2 kat situ yang macam ada 'split personality' or 'multiple personality disorder..haha..nape aku cakap macam tu? sebab ada di antara mereka ni yang berada pd 'sisi gelap' personaliti dorang bila kat alam siber. aku paham. tu sebahagian daripada diri dorang. cuma bukan sewajarnya utk mereka pamerkan pada orang lain di dunia realiti. sembunyikan lagi baik kelenahan sendiri. ye tak? bila kat alam siber, ni la peluang utk 'menjadi diri sendiri' or 'menjadi diri yg satu lagi'. lagipon, orang2 lain kt situ tak ambek kisah pon awak tu orang yang macam mana. masing2 ada kepentingan diri sendiri. aku tak prejudis kat orang2 yang macam ni sebab dorang normal. tu salah satu cara utk jadi sendiri tapi maybe dari segi moral, ada 'attitude' yang unacceptable. tapi yang penting aku faham kehendak sosial mereka ni. so, aku kawan aje. lagi kita kenal, lagi lah kita boleh betul kan yang mana kita salah sangka, mana yang salah kita jadikan sempadan. lagi satu, tentang orang yg suka cipta fantasi tentang dirinya sendiri. ayat mudahnya, menipu orang lain utk buat kita nampak hebat. hmm..aku still boleh positif dengan orang2 macam ni. sebab? sebab dorang sunyi. tak de kawan, takda isu, hidup jadi boring. so, reka cerita hebat utk tunjukkan 'aku hebat'. memang nampak macam tipu diri sendiri, tapi sebenarnya..dia cuba cakap.."tolong aku, jadi kawan aku? aku sunyi". kalau kita tak dapat baca mesej ni, kita akan abaikan dia dan anggap dia 'looser'. ataupun, kita hipokrit dengan berkawan ngan dia tapi dalam masa yang sama kutuk2 dia gila kat belakang..haha..no way guys!, terima lah diri dia dulu sebelum 'cerita fantasi' dia. dia cuma nak kan perhatian kita. sok lusa, dia tau la untuk stop semua 'fantasi' tu bila dia dah tak sorang2 lagi.

orang ramai cakap, semua tu memang dah sikap dia, memang dah perangai buruk dia..tapi bagi aku, takkan boleh ada perangai macam tu kalau takda sebab. sebab tu pon ialah kita sebagai masyarakat yang kadang2 terlalu skeptik..so, alternatifnya, mereka akan ke dunia siber yg comuniti nya lebih terbuka..takde sape kenal, senang la nk 'hepi hulala'..haha..tapi seronok ke??hmmmmm....that Q, is for u to answer..

kita boleh guna siber utk kenal sikap2 manusia ni sebab kta la dibelakang teknologi ni kan. sebab tu aku suka chatroom, boleh buat eksperiman secara tak lansung..haha...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MELAWAN ARUS

semua orang ada kepercayaan dan prinsip yang dorang pegang walaupon kepercayan mereka semua tu kadang2 tak sehaluan dengan majoriti dan bercanggah dengan nilai2 moral. aku rasional. bagi aku, tak wajar bagi kita untuk menghukum mereka hanya kerana tak sehaluan. setiap daripada kita ada pegangan masing2. kita semua mestilah nak tegakkan apa yang kita yakin kn. so, macam tu jugak orang lain. tapi, macam mana pulak dengan orang2 yang percaya benda yang salah dari segi hukum-hakam? yang ni, aku tak boleh nak positif. lagi2, kalau soal dosa pahala. semua ni sebab kita dah ada garis panduan yang kita wajib ikut, bukan dicipta manusia tp Maha Esa. yang ni barulah kita akan kata menegakkan benang yang basah. tapi, kalau setakat undang2 atau kebiasaan yang manusia cipta sendiri, aku rasa tak salah kalau nak jadi berbeza, nak ada pegangan yang lain dari yang lain. barulah hidup ni boleh berdaya saing and maju ke hadapan. untuk orang2 yang macam ni, selalu kena kritik. sedangkan dorang cuma nak bukak mata kita ni. bersusah payah nya la mereka2 ni nak melawan arus, dikritik masyarakat. kalaupon kita tak setuju dengan dorang, hargailah perjuang mereka2 ni dengan memahami mereka.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sajak Aminah Qutb kepada suaminya

sekiranya kita cinta pada manusia
tak semestinya manusia cinta kepada kita
tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.

sekiranya kita cinta kepada manusia
kita akan cemburu kepada orang yang turut mengasihi kekasih kita
tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah
kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah.

ya Allah,
andai dia adalah jodoh yang ditetapkan oleh-Mu kepada ku
maka campakkahlah dalam hatiku cinta kepadanya adalah kerana-Mu
dan campakkanlah dalam hatinya cinta kepadaku adalah kerana Mu
namun andainya dia bukan jodoh yang ditetapkan oleh-Mu untuk ku
maka berikanlah aku kekuatan untuk pasrah dengan ujian yang kau berikan kepadaku.

ya Allah,
jika aku jatuh cinta
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya kepada Mu
agar bertambah kekuatan untuk mencintai Mu

ya Muhaimin,
jika aku jatuh cinta
jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku kepada Mu

ya Rabbana,
jika aku jatuh cinta
jagalah hatiku daripadanya
agar tidak berpaling daripada-Mu

ya Rabbul Izzati,
jika aku rindu
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu

ya Allah,
jika aku rindu
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindui syurga-Mu

ya Allah,
jika aku menikmati cinta kekasih-Mu
jagalah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat sepertiga malam terakhir-Mu

ya Allah,
jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu
janganlah biarkan aku bertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada Mu

ya Allah,
jika Kau menghalalkan aku merindui kekasih-Mu
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi kepada-Mu....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

putus cinta lagi!!

termenung sana-sini. mandi x basah, tidur pon tak lena. makan pulak tak kenyang. sebab apa?? putus cinta la kak dan bang oi! alamak, cinta lagi, tak de benda ke nak sembang. well, kita ni dalam dunia yang berkaitan pasal cinta. yalah, hidup tanpa cinta kan tak da makna. setuju? tapi yang ni aku nak spesifik sikit ek. aku nak sembang pasal CINTA KEPADA TUHAN. kita selalu tak perasan yang kita selalu putus cinta kepada-Nya. macam mana putus cinta dengan Tuhan?? bila kita tak tunai kan solat, puasa and semua yang wajib2 tu, bila kita lupa nak berdoa kat Dia, bila kita tak reda dengan setiap qada' dan qadar-Nya. semua tu la PUTUS CINTA KEPADA-NYA. tapi kan, realitinya, tak ramai yang 'merana' bila putus cinta jenis yang ni. kita selalu persoalkan pasal manusia, pasangan, lelaki dan perempuan. kenapa kita taknak berhenti kejap cerita tentang semua tu??? tak penat ke korang?? apa kata kita fikir pasal hubungan yang kita kian lupakan, HUBUNGAN ROHANI kita. agama bukan aje status kat kad pengenalan kita,bukan macam pakaian yang dipakai diluar aje tapi umpama anggota badan kita. tak boleh ditinggal kan satu pon daripadanya, atau kita akan jadi cacat dan tak sempurna. so, bila kita gagal tunaikan setiap tanggungjawab kita sebagai seorang hamba kepada-Nya, kita tak setia, dan memutuskan hubungan 'cinta' kita kepada-Nya, frust tak kita??? patutnya, sedih la. merana lah, tersiksa selagi tak da pengampunan dari Ilahi. tapi kita selalu buat derk je kan. buat tak paham aje..atau bahasa kasarnya, buat bodoh aje. kawan2, jangan putus cinta dengan Allah...sebab..siapalah kita tanpa kuasa dan belas kasihan-Nya. semua hal dunia ni, sekejap je..dipinjamkan aje..semua nikmat ni, boleh ditarik bila2 masa aje tau.

so,
igtla...

cintakan bunga kan layu.. cintakan manusia akan mati.. cinta kan ALLAH.. kekal abadi........

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

betul kata orang2 tua, semakin lama kita hidup, makin banyak kita makin garam. tahu nilainyer hidup tu. bila tinggal kat suatu tempat, jangan dok terlalu lama. nanti orang benci atau kita sendiri yang bosan. bila berharap kat orang jangan lah menggunung sangat, nanti takut kecewa pulak..kalau sayang kat seseorang, jangan lah sampai cinta mati. takut2 merana jiwa raga. pendek kata kena bersederhana dalam hidup. yang terlalu tinggi bahaya, yang terlalu rendah tak ada guna.

hmm...sebenarnya banyak sangat yang bergolak dalam hati aku ni. nak diluah salah, nak ditelan sakit. payah sungguh. aku bukan lah jenis yang complicated sanagt tapi aku suka berlagak macam tu sebab aku nak tengok reaksi orang. selalunya aku mesti dapat reaksi yang aku tak suka tapi at least tunjukkan perangai sebnar seseorang tu. walau baik macam mana pon kita tengok seseorang tu, dia tetap ada kelemahan. kelemahan yang kita sangka. sebab kita suka sangat menilai orang berdasarkan gaya, rupa. kat sini, aku betul2 dapat belajar yang rupa takda nilai apa2, nothing, no meaning. ego, hipokrit tu macam dah biasa. memang pon tapi kalau teruk sangat sakit gak di buatnya.belajar di universiti bukan tiket untuk kita bangga dengan orang lain..dapat pointer gempak tak semestinye kau bagus..muet band 4 tak ada makna kalau mulut bau longkang..pakai high heel tak semestinya kau cantik. makan kt secret recepi tu bukan nya kaya.datang awal pulak tak ada jaminan yang yang kau akan hormat lecturer. popular tak ada ertinye kalau kau berlagak..see? gaya takkan cerminkan sikap kita lagi..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

tapi.......

muka cantik/hensem..tapi perangai tak boleh blah....
skema nampak baik..tapi mulut kurang ajar..
'sok suci' and innocent..tapi egois tahap poyo..
jalan sopan, pijak semut..semut mati ketawa..tapi laku macam orang tak ada maruah..
cakap menggegar alam tapi kerja, besar habuk pon tak ada..
pergi makan angin suka tapi pergi buat kerja duka..
badan wangi tapi hati busuk..
pandai tapi sombong...

selekeh macam tak mandi tapi friendly..
mulut laser tapi sempoi..
muka berlagak campur kerek poyo tapi suka tolong orang..
lagak bengis macam singa beranak rimau tapi hati lembut, berbunga2 cam taman...
muka tak la dalam golongan lawa tapi senyuman manis..
jalan berterabur tapi hormat kat orang lain..
kerja lambat tapi at least siap dangan jayanyerr....

ish3...

tu la lumrah manusia..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

jan bulan busy??

"memang pon..bulan ni banyak gilerr kerja aku nak buat..and setelkan..
assingment jangan cakap la..presentation lagi...nak ready untuk test 2, final exam..forum..muet..and bla bla...waaaaa...banyak nyer aku merungut. bukan sengaja tapi ni je kot cara nak luah kan persaan..."

ye la tu..merungut takkan selesaikan masalah...takkan gak lega kan hati. cuma isi masa lapang ker..kan?
apa la lagi yang kita buat kalau tak teruskan hidup dan berhenti mengeluh, merungut. ada lah seorang insan ni dia cakap, kalau tak kan jadi macam kt atas tu..jangan lah suka tangguh2 kerja..tu la masalah nyerr..tangguh kerja ni akibat virus m.a.l.a.s..aduiiii....so, padah nyerrr kena lah siapkan kerja2 itu dlm satu masa...reda je la kak..sape suruh leka....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

happy new year!!

Hari ini 1 januari 2010. Tirai 2009 dilabuhkan dan kita membuka lembaran baru, 2010. Saat ni masing2 sibuk je cakap pasal azam tahun baru. Azam tahun lepas tu dah ditunaikan ke?? Aku rasa awal-awal tahun macam nibukan azam je yang kita kena fikirkan tapi tentang pencapaian kita tahun lepas, muhasabah diri. Tak banyak yang aku buat tahun lepas untuk meningkatkan diri aku. Cuma banyak benda yang berlaku. Masa bergerak pantas sampai aku pun tak sedar yang aku dah makin melihat dunia nyata. Tapi banyak jugak benda yang aku belajat, pasal hidup, cita-cita dan semangat. Rasa macam baru semalam aku bangun tidur nak pergi sekolah. Sekarang, aku bangun tidur nak pergi kuliah. Dulu, aku cuma fikir belajar, jawab exam, dan main. Sekarang, kuliah+tutorial+test+assingment+presentation-tidur-makan-main=final exam;road to shah alam…penat tapi berbaloi Cuma dulu lain, sekarang lain. The most important thing, enjoy this moment for better future.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS