Powered by Blogger.
RSS

kerana letakknya iman di situ..


apalah yang nak dikejar dalam hidup kalau tanpa pegangan. kita mungkin pandai, kaya, popular tapi hati kita kosong. hati kita cuma ada duniawi. so, hidup ni cuma macam tin kosong yang bergolek2 ditiup angin, ke kanan, ke kiri dan terus bergolek tanpa arah tuju. sedangkan pegangan yang menetapkan kita padam satu landasan, yang bagi kita matlamat dalam hidup. matlamat yang mutlak. matlamat yang mengisi kerohanian kita. kalau pun kita kejar kekayaan wang rinngit sedangkan hati kita kosong, bermakna kah kenikmatan itu?? bayangkan setiap kali kita bangun pagi, dalam otak kita cuma ada kelas, kuliah, duit belanja. ruginya kita, sedangkan kita boleh berdoa pada Dia, supaya hari lebih baik dari semalam.

pegangan agama bukan je pakaian kita, status kad pengenalan kita. tapi harapan kita. sesuatu yang kita boleh sandarkan. yang boleh memberi kekuatan dan dorongan. kalau kita takde pegangan, pada siapa kita nak mengadu setiap hari? pada siapa kita nak meminta setiap hari? pada siapa kita nak menangis setiap hari? pada kawan? pada kekasih? sedangkan kawan pun makan kawan. kekasih pun hanya b'sayang2 pada lidah saja.

padahal, Dia yang paling kuat, yamg menentukan segalanya. sandarkan harapan pada Dia. InsyaAllah, hati kita sentiasa berisi kerana letakknya iman disitu..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment