Powered by Blogger.
RSS

simple??


betul ke pelacur x sepatut nya dilabel murahan?? sebab dorang namanyakan harga diri dorang dengan harga?? huhu..dari perempuan yang lemah dengan kata2 lelaki dan serahkan segala-galanya dianggap murahan?? aku dulu pernah membayangkan kampus life macam ni..macam2 cerita yang jenis ni la. tapi bila dah lama, aku rasa aku silap sebab aku tak pernah jumpa orang2 macam ni aku agak. Alhamdullilah, kawan2 aku semua baik2, tak sosial tahap gaban. aku pon tengok orang lain semua macam tu jugak, baik2 belaka. even yang tak pakai tudung ke, pakai seksi ke, aku tak pernah fikir negatif pasal dorang. tapi hari ni, aku macam dah jaga dari tidur. manusia pandai menyembunyikan aib sendiri. tapi still, bukan hak aku untuk membuka aib orang dan membincangkannya kat public. apa yang dorang buat tu hak dorang selagi tak kacau aku. tapi pendapat dorang pasal certain2 things tu aku tak setuju. contohnya macam yang kat atas. amat mengganggu aku!.aku percaya yang kita hidup di atas bumi ni dengan maruah sebagai pakaian kita, maruah tu la yang membuat kan kita gagah untuk berdepan dengan segala bentuk dugaan, maruah kita sebagai muslim, sebagai anak, rakan dan jugak maruah sebagai perempuan. maruah kita tak boleh kita 'simple' kan je..memang la nampak macam senang, takde yang berubah..tapi sebenarnya susah dan banyak yang berubah cuma kita tak sedar. takde timbul maruah tu dari segi harga. maruah tu bila kita pertahankan dengan apa cara sekalipun. tak kira la apa yang alasannya. maruah tu bukan terhad pada harga diri dia kita je tapi mentaliti kita. jangan la berfikir dengan pemikiran sempit. tolongla. kita bukan lagi dalam zaman jahiliyah. yang halal jadi haram dan yang haram jadi halal.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hasrat yang Tak Kesampaian..


nak berangan2..nak ada impian tu senang,,tapi nak mnjadikannya kenyataan susah..kita boleh percaya dengan impian kita tapi kita tak boleh lupa untuk terus berusaha..kalau tak, punahlah impian kita..semua orang boleh cakap apa2 aje yang die mahu..tak salah..hak kita untuk memiliki ..harapan dan cita2..tapi tak semua orang boleh dapat apa yang dia nak sebab tak semua orang tabah dan cekal mendapatkan impian masing2..dalam situasi aku, aku tak tahulah..aku yang tak berusaha ke, tak tabah ke..or aku tak sendiri tak percaya dengan impian aku..aku rasa, aku gagal...
aku tak tahu sama ada mahu melupakan terus impian aku ni atau bangkit kembali walaupon aku dah jatuh jauuuhh sangat ke dalam lubang..mulut aku maybe cakap aku ok..aku tak menangis mungkin sebab aku aku tau kemampuan aku..tapi hanyalah Tuhan je yang Maha Mengatahui apa yang bergolak dalam hati aku..aku nak percaya yang impain aku ni bukan nya angan2 sebelum tidur, aku nak percaya yang cita2 aku ni bukannya kuat..orang2 semua patut bangga dengan aku..tapi, aku jugak manusia biasa..aku lemah..aku mengalah pada kegagalan yang satu ini,...aku dah boleh terima kenyataan..yang bukan tempat aku disana..impian itu bukan milik aku...dalam aku pasrah tu, hati aku tak pernah henti2 berkata2..berdialog aje..betul ke cita2 aku hanya tamat disini??..aku sebenarnya masih pelum percaya pada kegagalan aku..aku tekad..mungkin impian itu bukan milik aku sekarang..mungkin akan datang..aku cuma perlu tunggu, sabar dan paling penting usaha....aku tau..apa yang patut aku buat sekarang..biarlah aku terpaksa patah balik dari kutub utara ke kutub selatan sekalipun, demi impian yang satu ini..aku turutkan..cuma aku kena sabar..kali ini biarlah aku kejar impian orang tua aku dulu baru aku usaha untuk kepuasan diriku nanti.....biarlah waktu tu aku dapatkan impian itu dengan tenaga dan usaha ku sendiri..putus asa kalau nyawa dah berada di tekak...aku tak mahu sia2 kan hidup aku..hidup bermakna peluang....selagi kita hidup, selagi tu kita sentiasa ada peluang..hasrat aku bukan tak kesampaian cuma belum kesampaian..agaknya aku patut tukar title post ni..hehe..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

FaNtAsI CiNte aNiMe..




kyo & tooru..kenshin & kouru..naruto & hinata..inuyasha & kagome..sinichi & ran..
banyak lagi..tu je yang dapat aku senaraikan..cerita manga, anime tu semuanya best2 walaupon ada elemen romance yang kadang2 tak semua orang suka.tapi jalan ceritanya disusun dengan baik sehinngga mampu membuatkan pembaca or penonton khayal..ditambah pula dengan lukisan kartun yang menarik..wow~!! macam mana la ramai yang tak tertarik dgn anime..maybe bagi pandangan sesetengah orang, semua ni cuma kartun..tapi ramai lagi yang menghargai seni anime ni..seni yang asalnya dari negara matahari terbit ni..bukan sebab tema CINTA & ROMANCE tu..tapi sebab adventure yang dihasilkan pencipta karya tu la..dorang tak terlalu bataskan tema cerita dorang..ada variety..tu yang ummmpphh nya anime ni..u have one item but u can get more than one outcomes..its just great!!..thats why i am in love with anime..its like make me addicted to read & watch it again and again..dan aku jugak ada musim2 nya..sekarang ni musim aku melayan anime..naruto tu memang selamanya la..tapi masa ni lah aku tiba2 naik mood nak tengok2 anime yang lain..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS