Powered by Blogger.
RSS

'perfect'

untuk mengenali orang lain, sebenarnya kita kena mengenali diri sendiri dulu. Jangan tanya apa yang orang boleh bagi kat kita, tapi tanya apa yang kita dah bagi kat orang lain. memang kita suka cakap yang orang tak paham kita, tapi kita paham ke kat orang lain. Bila kita sakit hati, maknanya kita pon tak paham dia. ye, semuanya hati kita, sama ada kita paham perangai and tingkah laku orang tu. tu la, jangan hanya meminta tapi tak nak memberi. aku pon dah experienced tau. aku selalu nak orang paham aku, tapi aku tak nak pulak cuba paham orang. Akibat demand sangat, aku sakit hati akhirnya. So, aku pon nk try la cuba kenal hati budi orang sebelum mengharap apa2..you know what? its work!! aku tak sakit hati lagi, hati aku dah biasa. aku consider tu semua adalah normal, human nature..so, hati tak sakit. aku pon boleh rapat dengan dorang. semua orang ada kelemahan, kita kena terima..we are not perfect..bila boleh terima, kita tak kan mudah terluka..be relevant, flexible....and open minded. the key is, we have to relize the basic human nature....there is no such word like 'perfect' in this world...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

you are not alone

you are not alone...lagu michael jackson..aku rse tu la lagu dia yang aku paling layan. 'awak tidak berseorangan'. betul tu. mulanya kau rasa masa datang belajar kat sini, aku rasa sorang2 je. tapi realitinya aku ada semangat and the most Dia la, yang memberi kekuatan. masih ada orang yang akan temankan kita menempuh hidup. masih ada orang jugak yang sokong hidup kita. cuma sama ada sedar tak sedar je.memang kita susah nk rasa tapi tu gunanya kepercayaan yang kita tak pernah diciptakan untuk berseorangan dalam dunia Tuhan yang unik ni. kita kan diciptakan untuk hidup berpasangan dan bermasyarakat untuk membina tamadun bangsa manusia kita. tak da sapa yang hidup untuk rasa sunyi, terpinggir melainkan kalau itu pilihan dia. kesunyian cuma satu fasa untuk kita sedar yang kita manusia biasa dan perlukan teman. lebih kurang macam petanda la yang kita tak ramai kawan or ada masalah dengan diri sendiri. so, guys!! you are not alone!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dunia merupakan sesuatu yang indah…
Setiap manusia dikurniakan sesuatu …sesuatu untuk dijadiakan harapan…sesuatu untuk diyakini…sesuatu untuk dicapai…
Pernah terfikir kenapa hari ini kita ketua tapi esok kita bukan lagi ketua malah hanya pengikut?
Itulah hukum alam yang menjadi lumrah hidup kita selama ini…hari ini kita di atas, esok kita di bawah..hari ini kita bahagia, esok kita sengsara..hari ini kita tersenyum, tapi esok kita menangis…..
Kita tidak selamanya berada di atas….namun tak juga selamanya di bawah….
Inilah yang membina kepercayaan aku…kepercayaan bahawa hidup ini adil…
Tuhan yamg mencipta kehidupan itu adil…….
Sesiapa di dunia ini yang menyalahkan takdir….menuduh hidup ini tidak adil…..untuk dirinya…..
Aku nasihatkan….tutup matamu….fikirkan sejenak….apa yang pernah kau beri, apa yang pernah kau terima…dari alam atau lebih tepat lagi dari-Nya….
Adilkah kalau kau hanya menerima tapi tidak memberi? Adilkah kalau kau menghukum tapi tidak mendidik? Adilkah kalau kau membenci tapi tak pernah menyayangi?.....jawabla….dengan jujur…sayangku…kerana apa yang kau cari ada dalam jawapanmu ini……
Adil adalah paksi yang menyokong hukum alam itu…ibaratnya roda yang sentiasa berputar…mengikut rentak masa….menarikan rima-rima hidup yang sumbang pada nada….
dalam undang-undang….adil itu abstrak….tiada keadilan mutlak….adil bagi aku, tak bermakna adil bagi orang lain….itulah definisi yang ditintakan di buku-buku oleh ahli-ahli falsafah…
bagi aku, adil adalah hukum alam….
Yang mengajar manusia seperti aku, kau….melalui pengalaman yang tiada apa dalam hidup ini kekal….tapi yang jelas hanya satu…hidup ini adil….terlalu adil hingga kita tidak menyedarinya….
Realitinya……
Jangan lupa rumput di bumi…kalau terbang tinggi di langit....
Jangan lupa….
Keadilan sesntiasa berada di tempatnya…
Kerana Tuhan Maha Adil….
Dia yang mengawalnya….
Yang perlu kita tunggu…masa dan kesabaran…

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ALAMAK!!

Borosnya la aku belanja duit…..
Sem ni memang teruk. Teruk sebab aku tak rancang perbelanjaan aku. Macam mana aku boleh habiskan semua duit. Hmmm. Ni lah jadinya kalau terlalu yakin pada bajet yang aku main agak-agak dan aku congak dalam otak aje. Korang, soal duit bukan boleh buat main. Sebab duit lah kawan makan kawan, suami isteri bercerai-berai, mak tak ngaku anak atau pon kena penjara. Dasyat-dasyat. Kan? So, aku pun berazam lah nak buat belanjawan tunai untuk sem 2. Aku ni bukan lah perancang kewangan, jauh lagi pakar ekonomi, tapi dengan bantuan otak kedekut aku ni boleh pakai jugak bajet aku ni tau. Aku tak terer math pon, walaupun aku (budak akaun masa kat sekolah menengah). Bab kira-kira ni, ahhhhhhhhhhhhh…lemahnya aku, tapi pasal duit aku terer-tererkan jugak lah. Kalau nak buat bajet peribadi korang, korang kenalah tau berapa yang korang ada. Cukup ke tak? Kalau cukup boleh lah bajet ngam-ngam. Kalau tak, korang kena lah fikir apa yang patut korang usahakan nak tambah bajet korang tu. First, tetapkan apa yang paling penting dari segala-galanya yang patut korang bayar or beli. Jangan kompromi lansung tau. Tetapkan nilainya. Barulah terjaga sikit keperluan korang tu. Yang penting didahulukan. Next, tambah tolak kan dengan apa yang korang ada. Benda ni banyak kali dah orang cakap. Korang pon dah banyak kali dengar. Tapi biar aku ulang, kita kena lah bezakan antara kehendak dengan keperluan. Dan musuh paling kejam ialah nafsu kita. Nafsu ni takde keje lain, nak pokaikan aku aje. Contohnya akulah, bila nampak baju-baju baru, alahai…tak boleh tidur kalau tak beli. Moralnya, jangan jalan-jalan kosong. Buang masa and duit aje. Aku rasa lah better kita buat belanjawan setiap bulan. Teratur sikit. Ha, lagi satu.tak salah kalau kedekut tapi kenalah kena cara, masa dan tempatnya. Betul tak? Catatkan apa yang korang dah beli or bayar akan buatkan korang muhasabah diri pasal kemampuan dan kekurangan korang dalam menghabiskan duit. Sometime orang tak buat sebab tak nak melihat kelemahan sendiri. Sudah2 lah tu. Yang penting kita dapat maintain money flow kita. Kan?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

NI ADA CERITA BEST..

Cerita jenis apa yang korang minat? Filem yang macam mana yang korang suka tengok? Aku minat cerita genre komedi dan animasi aje. Kalau yang romantic, kena paksa dulula baru aku tengok. Bukanlah tak suka Cuma aku ni emo sikit, tengok watak kartun mati pun aku nangis, ni pulak tengok kisah cinta yang touching2 ni. Tapi kalau sekali-sekala tengok cerita yang bawak tema berat sikit pun best jugak. Cerita yang baik bukan aje mampu buat kita tersenyum tapi mampu buat kita ketawa sampai pecah perut, menangis tersedu-sedu (macam kawan aku nangis kat wayang masa tengok ‘Syurga Cinta, hehe..) dan berfikir. Hari tu aku tengok movie dengan lec aku and kawan yang lain. Cerita bertajuk, ‘Bucket List’. Tengok mula2 macam boring, nasib baik lah ada humor sikit. Tu yang buat aku tak balik bilik awal malam tu. Mana taknya watak utamanya bukan orang muda, tapi orang lagi berumur. Mulanya aku ingat mesti tak best punya. Tapi bila tengok lama lagi, jalan cerita pun berkembang. Ok pulak. Aku pun tengoklah sampai habis. Movie ni pasal dua orang tua yang ada penyakit dan akan mati. Dorang buat list (macam aku suka buat bila ada masa) perkara or impian yang dorang inginkan dalam hidup. Dorang pon travel around the world untuk tunaikan semua impian dorang. Aku fikir dengan usia emas macam tu, apalah yang dapat nak di buat. Tapi bila aku tengok watak tu bersungguh2 dapatkan apa yang dorang nak, dengan masa yang macam dah tak da, tu buatkankan yang aku fikir takda perkataan tak sempat dalam hidup ini. Cuma kita kena azam dan usaha. Movie lain pulak yang tinggalkan kesan kat aku ialah ‘Naruto’, kartun Jepun. Bukan sebab aku suka aksi lawan2 ni, Cuma temanya best, persahabatan dan never give up. Watak hero dalam kartun ni, naruto (jugak dijadikan nama movie ni) digambarkan sebagai budak yang lembab, dan macam terpinggir. Aku suka cara watak ni buktikan yang dia layak jadi hero dalam cerita ni. Meaningful and realistic. Taknak lah share banyak sangat pasal naruto, korang dah selalu dengar dah (lagi2 budak bilik aku..hehe..). Cerita seram? Aku tak minatlah. Cerita cinta yang best. Entahlah. Takda yang aku ingat pun. Aku jiwang jugak tapi nak layan movie romantic macam tak best pulak kan. Tapi yang paling best, The Lord of The Ring. Memang layan giler. Hehe..adventure ni best, tambah denagn fantasi, macam Harry Potter, The Chronicles of Narnia, The Compass…ajaib dan pelik, tu yang syok…korang, semua genre, filem, animasi best sebenarnya tapi tiap orang minat tu lain2, terpulang kat citarasa korang lah. Kan?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KEBAHAGIAAN VS KESENGSARAAN

Hari ni aku baca buku yang gempak sangat. Ada satu kandungan buku tu yang paling bermakna bagi aku, pasal kebahagiaan. Mulanya sebuah cerita, tapi isi tersirat yang disampaikan tu best sangat. Buat aku jadi positif. Cerita nya pasal seorang suami ni yang bergaduh dengan isteri dia. Suami tu cakap kat isteri yang dia akan sengsarakan hidup perempuan tu (isteri dialah), tapi isteri tenang je, dia kata suami dia tak boleh bagi kesengsaran kat dia macam dia tak boleh bagi kebahagian. Isteri cakap lagi, “kalau kebahagian terletak pada duit, awak boleh ambik. Kalau kebahagian terletak pada baju yang mahal2, awak boleh larang saya pakai. Tapi kebahagiaan terletak pada iman, iman di hati saya dan hati saya bukan milik sesiapa kecuali Allah. Aku tak tahulah cerita ni ada kesan tak kat korang, tapi bagi akulah, tu lah cerita yang paling positif dan meaningful.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

M1-04-01

Bilik aku ada 4 penghuni, iaitu aku, azie, dira and umi. Rasanya masa teringat2 masa first time jumpa dorang semua. “hai, saya shila, dari Selangor, awak?.hehe..tu lah ayat pertama aku. Skema siutttt..but now they are my friends. Mulanya memang macam susah nak suaikan diri dengan bilik baru dan kawan baru. Tapi untuk 6 bulan ni, banyak jugak cerita yang best aku kongsi dengan dorang. Aku jenis sensitive dan suka simpan dalam hati. Mungkin keadaan baru ni buat aku banyak tertekan. Sebenarnya aku ada kawan2 yang baik. Aku kira lucky sebab aku bukan lah dapat kawan yang buruk perangai or sosial lebih. Aku tahu aku banyak sangat sakitkan hati kawan2 aku, especially my roommates. Aku orang biasa yang baru nak belajar nak kenal korang. Cara lain, semua lain. So, aku pun kena berfikir cara lain. Muka, perangai tak sama dengan orang yang aku pernah rapat sebelum ni, tapi yang aku sure sama ialah dorang ‘KAWAN’ aku. Aku nak kalau someday, kita kena berpisah, kita akan sedih sebab tu lak maknanya kita kawan. Setiap masa aku kat sini, aku gunakan untuk berfikir, hidup kat tempat orang, sendiri, kita perlu kawan. Aku ngaku aku dapat semangat untuk belajar dari azie. Aku dapat keyakinan dari umi. Aku jugak dapat persefahaman dengan dira. Meh aku gambarkan kawan2 aku ni jenis yang macam mana. Aku tengok azie kuat belajar, sporting, dira pulak happy go lucky, umi pun and dialah pengimaginasi terbaik sebab dia teliti sangat..hehe..so, aku tak sabar nak jumpa dorang semua. (Korang, kalau baca, aku mintak maaf sebab banyak sakitkan hati korang and korang the best in masria..hehe..)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Yang mana satu?

Antara manusia dan hantu, mana yang korang takut? Kenapa aku tanya? Sebab aku terfikir pasal ni. Masa dok termenung tu, naiklah soalan ni dalam otak aku. Manusia makhluk Tuhan. Hantu pun. Manusia ni hidup kat alam nyata. Hantu kat alam ghaib. Apa yang uniknya dua ‘entiti’ ni? Manusia kita boleh nampak. Sama aja bentuk fizikalnya. Ada otak, kelebihan, kelemahan. Ada baik dan jahat. Tapi bila manusia buat jahat, memang kejam. Rogol, bunuh, pedofilia (serangan seksual kat kanak-kanak), homisid, korup, dan banyak lagi sampai ada yang tak terfikir dek akal. Hantu pulak kejenya tak da lainlah, dok tunjuk muka huduh takut2 kan budak balik ngaji. Dok buat undercover macam2 rupa,menyeringai, rambut jurai2. Yang kena konon2 gilalah. Yang dengar pon seriau. Ye tak? Kena pulak orang cakap, sebaik2 jin ialah sejahat2 manusia. Agak seram la. Tapi pernah ke kita dengar hantu bunuh orang? Macam tak je. Kalau ada pun sebab ilmu hitam yang manusia jugak lakukan. So, korang takut yang mana satu? Benda yang korang nampak macam manusia ni atau benda yang korang tak nampak sejelasnya? Tapi…….realitinya, Kita tak patut takut kedua2nya, sebab dorang makhluk Tuhan. Ya, salah satu or dua2 memang menakutkan tapi siapa mencipta dorang, Yang Esa kan. Kita takut pada Dia aje la. Lupakan je soalan aku tadi. Saja nak buat korang baca. Hehe…

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cintan-cintun

Hm…tajuknya ni geli and poyo sikit. Tapi time ni tiba-tiba mood jiwang aku datang. So, aku nak ceritalah sikit pasal tajuk ‘cinta’. Hehe. Well, as human being, normal lah kalau kita nak disayangi and dicintai oleh Tuhan dan manusia. Manusia diciptakan Tuhan untuk saling menyayangi antara satu sama lain. Sayang, kasih, rindu, semua itu ialah cinta. Satu company tu. Korang percaya tak yang cinta itu buta? Ramai kan yang cakap cinta itu buta. Aku tak caya. Sebabnya cinta tak pernah buta, yang buta mata manusia. Aku geli nak cakap ayat ni, iaitu cinta itu suci tapi tu lah realitinya. Kita sayang someone tak sepatutnya ada sebab. Dah patut kita saling menyayangi tapi yang buat beza cuma jenis sayang tu. Aku anggap cinta yang suci tu macam satu perasaan yang murni, keghairahan untuk meningkatkan hidup masing2, semangat yang berkobar2 nak tahu apa yang ada di masa hadapan, dan berserah pada takdir-Nya. Cinta tak patut tutup mata kita dari menilai apa yang baik dan apa yang buruk cinta suci jugak takkan kaburkan pertimbangan kita antara dosa dan pahala. Apa lagi, memutuskan hubungan saudara. Tak salah bercinta rasanya. Tak kira umur sebab usia bukan ada apa2 pun, tu cuma angka. Yang salah kalau kita jugak bercinta dengan nafsu. betul tak? Dan kalau korang putus cinta sekalipun, tak bermakna dunia ni dah berakhir. Jangan kiamatkan dunia sebelum waktunya tau. Jangan musnah kan diri sebab cinta yang tak suci. Malulah pada Tuhan. Sebab manusia kita nak frust nonggeng. Sedangkan bila kita tinggalkan cinta kita pada Tuhan, kita buat derk je. Tak sedih pun. Orang yang sangup jahanamkan diri sendiri sebab cinta ialah orang yang tak adil. Dia tak adil dengan Tuhan, keluarga, kawan2 dan pada diri dia sendiri. Jangan lah macam tu, janganlah kejam dengan diri sendiri. Dulu, dah lama dah, aku pernah dapat text message yang jiwang. Mesej tu pasal sorang perempuan bercinta dengan lelaki buta. Laki tu cakap kalau dia dapat melihat balik, dia akan kahwin dengan perempuan tu. Satu hari tu, laki tu boleh melihat sebab dia dah buat pemindahan mata. Dia pun jumpalah dengan gf dia tapi dia terkejut sangat sebab makwe dia tu buta. Dia pon apa lagi, tak jadi tunaikan janji nak kahwin dengan perempuan tu. Perempuan tu pun blah sambil cakap (agaknya la macam tu, aku bayang kan je..hehe..)..”jagalah mata saya baik2”. Korang faham tak? Maknanya mata pakwe dia tu, mata makwe dia, means dia korbankan mata dia untuk dapatkan janji laki tu. Ish2…kesian dia kesian kat perempuan tu sebab dah korbankan mata dia untuk orang yang tak kenang budi dan kesian kat laki tu sebab dah sia2 kan perempuan yang baik. Tapi bagus jugak perempuan tu buat macam tu, sekurang2nya dia dapat tahu yang laki tu tak guna, dia cuma hilang mata bukan harga diri dia. Lelaki tu pulak dah hilang maruah dia as gentleman dan dia tak layak dapat perempuan jenis tu. See? Kita selalu fikir yang cinta itu adalah segala2nya. Tak sebenarnya. Kita kena ada masa cukup untuk fikir cinta yang macam mana yang terbaik untuk kita. Sekarang bukan zaman remeo and Juliet, or macam titanic, u jump I jump. Now, cinta pakai otak la…hehe…yang terbaik untuk dunia dan akhirat kita, tulah cinta…

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS