Powered by Blogger.
RSS

Cintan-cintun

Hm…tajuknya ni geli and poyo sikit. Tapi time ni tiba-tiba mood jiwang aku datang. So, aku nak ceritalah sikit pasal tajuk ‘cinta’. Hehe. Well, as human being, normal lah kalau kita nak disayangi and dicintai oleh Tuhan dan manusia. Manusia diciptakan Tuhan untuk saling menyayangi antara satu sama lain. Sayang, kasih, rindu, semua itu ialah cinta. Satu company tu. Korang percaya tak yang cinta itu buta? Ramai kan yang cakap cinta itu buta. Aku tak caya. Sebabnya cinta tak pernah buta, yang buta mata manusia. Aku geli nak cakap ayat ni, iaitu cinta itu suci tapi tu lah realitinya. Kita sayang someone tak sepatutnya ada sebab. Dah patut kita saling menyayangi tapi yang buat beza cuma jenis sayang tu. Aku anggap cinta yang suci tu macam satu perasaan yang murni, keghairahan untuk meningkatkan hidup masing2, semangat yang berkobar2 nak tahu apa yang ada di masa hadapan, dan berserah pada takdir-Nya. Cinta tak patut tutup mata kita dari menilai apa yang baik dan apa yang buruk cinta suci jugak takkan kaburkan pertimbangan kita antara dosa dan pahala. Apa lagi, memutuskan hubungan saudara. Tak salah bercinta rasanya. Tak kira umur sebab usia bukan ada apa2 pun, tu cuma angka. Yang salah kalau kita jugak bercinta dengan nafsu. betul tak? Dan kalau korang putus cinta sekalipun, tak bermakna dunia ni dah berakhir. Jangan kiamatkan dunia sebelum waktunya tau. Jangan musnah kan diri sebab cinta yang tak suci. Malulah pada Tuhan. Sebab manusia kita nak frust nonggeng. Sedangkan bila kita tinggalkan cinta kita pada Tuhan, kita buat derk je. Tak sedih pun. Orang yang sangup jahanamkan diri sendiri sebab cinta ialah orang yang tak adil. Dia tak adil dengan Tuhan, keluarga, kawan2 dan pada diri dia sendiri. Jangan lah macam tu, janganlah kejam dengan diri sendiri. Dulu, dah lama dah, aku pernah dapat text message yang jiwang. Mesej tu pasal sorang perempuan bercinta dengan lelaki buta. Laki tu cakap kalau dia dapat melihat balik, dia akan kahwin dengan perempuan tu. Satu hari tu, laki tu boleh melihat sebab dia dah buat pemindahan mata. Dia pun jumpalah dengan gf dia tapi dia terkejut sangat sebab makwe dia tu buta. Dia pon apa lagi, tak jadi tunaikan janji nak kahwin dengan perempuan tu. Perempuan tu pun blah sambil cakap (agaknya la macam tu, aku bayang kan je..hehe..)..”jagalah mata saya baik2”. Korang faham tak? Maknanya mata pakwe dia tu, mata makwe dia, means dia korbankan mata dia untuk dapatkan janji laki tu. Ish2…kesian dia kesian kat perempuan tu sebab dah korbankan mata dia untuk orang yang tak kenang budi dan kesian kat laki tu sebab dah sia2 kan perempuan yang baik. Tapi bagus jugak perempuan tu buat macam tu, sekurang2nya dia dapat tahu yang laki tu tak guna, dia cuma hilang mata bukan harga diri dia. Lelaki tu pulak dah hilang maruah dia as gentleman dan dia tak layak dapat perempuan jenis tu. See? Kita selalu fikir yang cinta itu adalah segala2nya. Tak sebenarnya. Kita kena ada masa cukup untuk fikir cinta yang macam mana yang terbaik untuk kita. Sekarang bukan zaman remeo and Juliet, or macam titanic, u jump I jump. Now, cinta pakai otak la…hehe…yang terbaik untuk dunia dan akhirat kita, tulah cinta…

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment