Powered by Blogger.
RSS

Dunia merupakan sesuatu yang indah…
Setiap manusia dikurniakan sesuatu …sesuatu untuk dijadiakan harapan…sesuatu untuk diyakini…sesuatu untuk dicapai…
Pernah terfikir kenapa hari ini kita ketua tapi esok kita bukan lagi ketua malah hanya pengikut?
Itulah hukum alam yang menjadi lumrah hidup kita selama ini…hari ini kita di atas, esok kita di bawah..hari ini kita bahagia, esok kita sengsara..hari ini kita tersenyum, tapi esok kita menangis…..
Kita tidak selamanya berada di atas….namun tak juga selamanya di bawah….
Inilah yang membina kepercayaan aku…kepercayaan bahawa hidup ini adil…
Tuhan yamg mencipta kehidupan itu adil…….
Sesiapa di dunia ini yang menyalahkan takdir….menuduh hidup ini tidak adil…..untuk dirinya…..
Aku nasihatkan….tutup matamu….fikirkan sejenak….apa yang pernah kau beri, apa yang pernah kau terima…dari alam atau lebih tepat lagi dari-Nya….
Adilkah kalau kau hanya menerima tapi tidak memberi? Adilkah kalau kau menghukum tapi tidak mendidik? Adilkah kalau kau membenci tapi tak pernah menyayangi?.....jawabla….dengan jujur…sayangku…kerana apa yang kau cari ada dalam jawapanmu ini……
Adil adalah paksi yang menyokong hukum alam itu…ibaratnya roda yang sentiasa berputar…mengikut rentak masa….menarikan rima-rima hidup yang sumbang pada nada….
dalam undang-undang….adil itu abstrak….tiada keadilan mutlak….adil bagi aku, tak bermakna adil bagi orang lain….itulah definisi yang ditintakan di buku-buku oleh ahli-ahli falsafah…
bagi aku, adil adalah hukum alam….
Yang mengajar manusia seperti aku, kau….melalui pengalaman yang tiada apa dalam hidup ini kekal….tapi yang jelas hanya satu…hidup ini adil….terlalu adil hingga kita tidak menyedarinya….
Realitinya……
Jangan lupa rumput di bumi…kalau terbang tinggi di langit....
Jangan lupa….
Keadilan sesntiasa berada di tempatnya…
Kerana Tuhan Maha Adil….
Dia yang mengawalnya….
Yang perlu kita tunggu…masa dan kesabaran…

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment